MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN MUSHAF AL-QURAN KEPADA JABATAN PENDIDIKAN WILAYAH PERSEKUTUAN
17 Nov – Majlis Penyerahan Sumbangan Mushaf Al-Quran kepada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan telah diadakan di Dewan Dato’ Asiah,JPWP Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Seramai 60 orang Pengetua-pengetua dan Guru-guru Besar dari sekolah-sekolah Menengah dan Rendah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hadir bagi memeriahkan ini. Pihak MAIWP telah menyumbangkan sejumlah 13,000 unit mashaf Al-Quran Bertajwid, Tafsir Al-Quran Perkata dan DVD Tajwid kepada pihak JPWP untuk diedarkan kepada sekolah-sekolah di Wilayah Persekutuan dengan jumlah keseluruhan sumbangan ini bernilai RM 808,500.00.
Dalam ucapan YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, beliau berharap agar sumbangan yang diberikan ini dapat melahirkan generasi celik Al-Quran dengan bimbingan guru-guru. Selain itu, melalui sumbangan ini juga seharusnya membuka mata masyarakat bahawa dana zakat dibawah pengurusan MAIWP diagihkan dengan telus dan baik.