MAIWP BANTU MEMBANGUNKAN KEMUDAHAN MASYARAKAT
7 Nov – Majlis penyerahan sumbangan zakat kepada Persatuan Falak Syar’i Malaysia (PFSM) untuk membangunkan sistem Mymuwaqqit bagi Sistem Hiburan Dalam Penerbangan (SHDP) pesawat Malaysia Airlines Berhad.
Pihak PFSM dan Malaysia Airlines Berhad (MAS) dengan sokongan JAKIM, telah bekerjasama dalam penyelidikan dan pembangunan perisian mymuwaqqit versi web untuk kegunaan musafir muslim dalam penerbangan dalam dan luar negara.
Dengan projek inovasi ini telah diusahakan oleh saintis dan ulama' malaysia dan sebagai hadiah Malaysia kepada dunia(Malaysia's Gift To The World) serta belum pernah dilakukan dalam sejarah sains falak sya'i dunia. Projek ini juga akan membangunkan sistem mymuwaqqit dalam sistem hiburan dalam penerbangan pesawat MAS bagi memudahkan musafir muslim mengetahui kedudukan kiblat serta waktu solat ketika dalam penerbangan.
Bagi merealisasikan pelaksanaan ini MAIWP telah menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM420,000.00 kepada PFSM dibawah Bantuan Kebajikan Agensi-Agensi Bukan Kerajaan (NGO) Baitulmal MAIWP.
Semoga bantuan yang disalurkan dapat dalam meningkatkan syiar Islam dikalangan masyarakat.