BAITULMAL SEDIAKAN KURSUS MOTIVASI KEPADA ASNAF
16 Nov – Bahagian Baitulmal,MAIWP telah menganjurkan Kursus Motivasi & Pembangunan Usahawan Asnaf di Dewan Seminar, Aras 1, Bangunan PERKIM. Kursus ini diadakan selama 2 hari bermula 15-16 November 2017. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ybhg. Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahya, Timbalan Pengurus Baitulmal MAIWP.
Tujuan utama kursus ini adalah untuk memberi semangat dan motivasi kepada usahawan asnaf untuk memperkasakan produk yang sedang diusahakan oleh asnaf. Para penerima bantuan turut diberikan panduan dan peluang memahami kaedah pemasaran produk, penjenamaan ,teknik pembungkusan dan pelbagai ilmu perniagaan yg lain melalui Mentor Skill Konsultant Sdn.Bhd.
Seramai 50 orang usahawan Baitulmal MAIWP menyertai kursus motivasi ini dan juga merupakan penerima bantuan perniagaan. Usahawan asnaf turut diberi peluang mengadakan pameran dan jualan produk asnaf. Kepelbagaian produk keluaran asnaf adalah bukti kesungguhan asnaf.
Semoga usahawan asnaf terus maju dan mampu menjana pendapatan sekaligus dapat meningkat taraf hidup.