BAITULMAL MUDAHKAN ASNAF

Saiz Tulisan :

kecikpaza

7 Okt – Majlis Perasmian Pusat Agihan Zakat (PAZA) Cawangan Parlimen Wangsa Maju telah diadakan di Taman Danau Kota, Kuala Lumpur . Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat, Mejar Jenaral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

Dalam ucapanya, penubuhan PAZA terbukti telah memudahkan asnaf dalam memohon bantuan zakat. Ia telah memberi impak dan manfaat yang besar dalam pengurangan kos, masa dan tenaga asnaf itu sendiri. Selain itu pembukaan PAZA mampu meluaskan lagi agihan zakat.

Impak PAZA ini diiktiraf dan mempunyai nilai inovasinya tersendiri apabila ia menerima pengiktirafan Gold Award Pertandingan Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2017 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 15-16 Ogos 2017 di Pulau Pinang.

Sehingga kini MAIWP telah berjaya membuka 9 buah PAZA di setiap parlimen iaitu di :

i. Parlimen Bukit Bintang
ii. Parlimen Bandar Tun Razak
iii. Parlimen Batu
iv. Parlimen Setiawangsa
v. Parlimen Titiwangsa
vi. Parlimen Seputeh
vii. Parlimen Lembah Pantai
viii. Parlimen Segambut
ix. Parlimen Labuan

Diharapkan menerusi pembukaan satu lagi PAZA ini, maka bantuan zakat akan dapat diagihkan semaksima mungkin bagi memastikan tiada lagi asnaf yang tercicir dari mendapat manfaat dari dana zakat.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!