30 JUZUK HAFAZAN BERSANAD

Saiz Tulisan :

2 (2)

Program hafazan Al-Quran bersanad yang dijalankan di SMISTA bermula Januari 2017 mula membuahkan hasil.  Program ini bertujuan untuk mengijazahkan sanad hafazan Al-Quran melalui guru Al-Quran yang salasilahnya sampai kepada Rasulullah SAW.

Pada  5 Oktober baru-baru ini,  seorang pelajar SMISTA iaitu Muhammad Fitri Naim bin Roslan, pelajar Tingkatan 4 telah berjaya menamatkan hafazan bersanad. Beliau telah memulakan hafazan bersanad ini bersama rakan-rakan yang terpilih sejak 8 bulan lalu bermula pada Januari 2017. Pada peringkat permulaan ini, seramai 8 orang pelajar sahaja layak menyertai  program hafazan bersanad ini. 

Pelajar yang layak untuk menyertai hafazan bersanad ini dipilih daripada mereka yang telah tamat (khatam) hafazan Al-Quran 30 juzuk serta menguasai hafazan dan tajwid dengan baik. Program ini adalah di bawah bimbingan Syeikh Muhammad bin Fathi, guru hafazan Al-Quran dan Bahasa Arab daripada Mesir. Sehingga kini, seramai 4 orang pelajar telah berjaya menamatkan hafazan Al-Quran dan telah dianugerahkan sanad hafazan oleh guru Al-Quran.

SMISTA ditubuhkan pada tahun 2011 dan menggabungkan kurikulum kebangsaan dan hafazan Al-Quran. Selain SMISTA, sebuah lagi sekolah menengah yang ditubuhkan oleh MAIWP adalah Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA-MAIWP) yang beroperasi di Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur dan di Labuan.

1.jpg2 (2).jpg2.jpg3.jpg4.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!