SOLAT HAJAT MENJELANG PEPERIKSAAN

Saiz Tulisan :

KECIK

Batu Caves, 13 Oktober 2017 – Seramai hampir 200 orang menyertai Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat Perdana bertempat di Surau Al-Khair, Kompleks Darul Kifayah.

Majlis yang bermula pada jam 6.50 petang itu dihadiri calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dari Pondok Moden Al-‘Abaqirah. Ibu bapa, guru-guru serta kakitangan dari Bahagian Pembangunan Insan, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) turut hadir bagi sama-sama mendoakan kejayaan para pelajar dalam peperiksaan awam ini.
Tausiah dan taujihat disampaikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Dalam ucapannya, beliau berharap agar para pelajar dapat melakukan persediaan yang mantap bagi menghadapi peperiksaan dan mendoakan kejayaan setiap calon. Majlis diakhiri dengan upacara memohon restu para pelajar kepada ibu bapa dan guru-guru. Semoga masing-masing diberi kemudahan untuk menjawab peperiksaan dengan tenang.

KECIK.jpgmpa2.jpgpma.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!