MEMANAH SMA MAIWP JADI TUMPUAN
25 Oktober 2017 – Memanah yang menjadi kebitaraan SMA MAIWP KL telah menarik perhatian peserta Bengkel Majlis Kokurikulum Sekolah Agama (MAKSA) Malaysia Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (BKI-JAKIM).
Lawatan yang menjadi salah satu agenda bengkel adalah untuk membolehkan peserta bengkel melihat sendiri simulasi dan berpeluang untuk turut serta secara langsung kaedah perlaksanaan acara memanah di lapangan seperti di kejohanan yang disertai oleh pelajar-pelajar SMA MAIWP KL di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Pelajar-pelajar ahli kelab memanah turut serta dalam membantu menunjukkan kaedah memanah dan berkongsi pengalaman mereka. Peserta bengkel ini disertai oleh wakil setiap majlis dan jabatan agama negeri yang dipilih iaitu Kedah, Pahang, Selangor, Terengganu dan Wilayah Persekutuan. Tujuan lawatan adalah kerana acara sukan memanah akan dijadikan salah satu pertandingan dalam perlaksanaan Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) bagi tahun 2018. Turut hadir dalam lawatan ini adalah Ketua Penolong Pengarah BKI, Ustaz Azizan bin Muhammad.