ASNAF DILATIH PEMBUATAN MAKANAN SEJUK BEKU
24 Oktober - Baitulmal MAIWP terus merancakkan usaha membantu asnaf menjana pendapatan. Baru-baru ini, Baitulmal MAIWP dengan kerjasama IDA Bakery telah mengadakan Kursus Pembuatan Makanan Sejuk Beku kepada 6 orang penerima Bantuan Perniagaan.
Kursus telah diadakan di Ida Bakery, Kg. Dato Keramat. Dalam latihan tersebut, para peserta dibekalkan dengan peralatan iaitu deep freezer dan mesin pelekap plastik untuk dimanfaatkan bagi memajukan perniagaan mereka.
Bantuan Perniagaan merupakan antara bantuan berimpak tinggi yang dilihat mampu mengeluarkan asnaf daripada kemiskinan.
Terima kasih pembayar zakat. Amanah anda kami tunaikan sebaik mungkin.