WARGA MAIWP RAIKAN SUKAN NEGARA

Saiz Tulisan :

kecik2

14 Okt- Sempena Hari Sukan Negara, MAIWP turut memeriahkanya dengan penganjuran di peringkat MAIWP.

Hari Sukan Negara Peringkat MAIWP ini telah diadakan di Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Hampir 500 orang hadir di program berkenaan yang terdiri daripada warga MAIWP, syarikat-syarikat milik MAIWP dan para pelajar institusi-institusi di bawah MAIWP.

Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Acara-acara sukan yang diadakan pada hari tersebut adalah berbasikal, larian, tarik tali dan beberapa acara untuk kanak-kanak seperti pertandingan mewarna. Turut diadakan adalah acara cabutan bertuah untuk memeriahkan lagi program.

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’.

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!