BAITULMAL MAIWP SENTIASA KEHADAPAN

Saiz Tulisan :

 kecik

5 Okt – Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan telah diadakan di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan bagi meraikan ibu bapa ,pelajar-pelajar penerima Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan bagi sesi 2018 serta guru-guru Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bantuan bagi sesi persekolahan 2018 ini diberikan kepada 17,890 orang penerima yang terdiri daripada 10,000 pelajar sekolah menengah, 4,270 pelajar sekolah rendah dan 3,620 pelajar SRA / KAFA di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan jumlah agihan keseluruhan sebanyak RM 4.98 juta. Peruntukan ini merupakan dana zakat yang diterima daripada para pembayar zakat.

Penerima terdiri daripada anak-anak keluarga asnaf yang menerima bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP. Setiap mereka akan menerima dua set pakaian persekolahan termasuk beg dan kasut sekolah. Tambahan dua set pakaian sekolah bagi pelajar yang mengikuti Sekolah Rendah Agama dan bantuan boleh diperolehi mulai 23 Oktober 2017 yang diagihkan di Dataran Merdeka.

Manakala di peringkat pengajian tinggi, MAIWP telah membantu seramai 10,192 orang di peringkat pengajian tinggi  dan sebanyak 6,937 pelajar daripada mereka merupakan penuntut dalam bidang bukan pengajian Islam seperti bidang perubatan, undang-undang, sains sosial dan lain-lain iaitu bersamaan 68%.

MAIWP amat menekankan pendidikan sebagai asas dalam membantu asnaf keluar daripada kepompong kemiskinan. Daripada 28 skim bantuan yang disediakan, sebanyak 9 daripadanya adalah bantuan zakat bagi pendidikan bermula daripada peringkat sekolah sehingga peringkat pengajian tinggi.

DEL_1811.jpgDEL_1826.jpgDEL_1827.jpgDEL_1829.jpgDEL_1837.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!