LONJAKAN SAUJANA: TINGKAT MOTIVASI PELAJAR PMA DAN DARUL KIFAYAH

Saiz Tulisan :

KAK IKIN MINTA   Copy

Batu Caves- Berlangsungnya seminar motivasi Lonjakan Saujana anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Map Training and Consultancy Sdn. Bhd, melibatkan pelajar Pondok Moden Al-'Abaqirah dan Darul Kifayah.

Program ini bertujuan membimbing dan membantu calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) memantapkan persediaan mereka bagi menduduki peperiksaan tahun ini. Program berlangsung selama tiga hari iaitu bermula 08 September hingga 10 September 2017 bertempat di Dewan Darul Kifayah.

Para peserta didedahkan dengan persiapan akhir bagi menghadapi peperiksaan selain menaikkan semangat serta memberi motivasi kepada mereka agar lebih bersedia untuk mencapai keputusan terbaik. Semua calon perlu sentiasa menanamkan keazaman tinggi dan melakukan persediaan rapi menjelang peperiksaan penting yang akan berlangsung tidak lama lagi. Menurut pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi bin T. Mohamad, dengan memiliki minda yang positif memudahkan para pelajar menimba apa-apa jua ilmu yang disampaikan oleh guru. Tambah beliau lagi, bagi memperoleh kecemerla¬ngan, maka pelajar perlu melahirkan rasa ikhlas dalam setiap tindakan bukan kerana menurut arahan guru semata-mata. Hasil maklum balas peserta, mereka mengakui lebih yakin dan bersedia menduduki peperiksaan selain sangat berpuas hati dengan modul yang telah mereka jalani.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!