Bengkel Pemantapan Pengurusan Pondok Moden Al-'Abaqirah 2017

Saiz Tulisan :

kecik

Kuala Terengganu-  Seluruh kakitangan Pondok Moden Al-'Abaqirah (PMA) menyertai Bengkel Pemantapan Pengurusan yang berlangsung pada 25 hingga 27 Ogos 2017.

Bengkel yang dirasmikan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri bermatlamat bagi memperkasa proses kemahiran dalam meningkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran PMA di samping mengeratkan silaturahim antara warga pondok. Bengkel ini juga bertujuan membina semangat kerja berpasukan dalam kalangan pendidik di samping merangka aktiviti untuk memimpin para pelajar ke arah kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Antara aktiviti yang telah diadakan sepanjang bengkel ini adalah slot bersama Ustaz Mohamad Nasir bin Tahir dari Akademi Madrasah Moden, MAIDAM yang berkongsi teknik pengajaran kitab turath yang boleh diaplikasikan di PMA. Seterusnya, diikuti pula dengan bengkel penyelarasan kurikulum dan kokurikulum PMA  yang disampaikan oleh Al-Sheikh Al-Mudir, Ustaz Muhammad Al Zubair bin Abd Samad. Beliau menyarankan supaya guru-guru sentiasa menjana idea dan membawa pemikiran yang lebih terkehadapan sesuai dengan kehendak pendidikan abad ke-21 ini.

Guru-guru juga perlu menunjukkan cara bekerja yang cemerlang supaya dapat sama-sama melahirkan pelajar yang cemerlang. Slot berikutnya memfokuskan kepada kurikulum PMA yang berasaskan turathi. Slot ini dikendalikan oleh Ustaz Ahmad Zaky bin Md. Ali yang menjelaskan bahawa kaedah pengajaran berkesan bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berkualiti malah melonjakkan prestasi akademik pelajar ke tahap yang lebih memberangsangkan

KAK IKIN MINTA 2.jpgKAK IKIN MINTA 3 - Copy.jpgKAK IKIN MINTA 4.jpgKAK IKIN MINTA 5.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!