Bengkel Penyelarasan Proses Siasatan Bahagian Baitulmal Maiwp Bagi Tahun 2015

Saiz Tulisan :

bengkel2

6 hingga 8 November 2015- Seramai 80 orang peserta telah mengikuti Bengkel Penyelarasan Proses Siasatan Bahagian Baitulmal MAIWP di Ancasa Residences Port Dickson Negeri Sembilan. Bengkel ini bertujuan untuk mencari kesepakatan dan penyelarasan dalam proses penerangan maklumat bantuan kepada asnaf khususnya dan dalam proses kerja siasatan amnya.

Pengisian bengkel telah dimulai dengan slot ceramah bertajuk Kemahiran Komunikasi Berkesan Dalam Perkhidmatan Kaunter oleh oleh Tuan Shamsuddin Bin Abdul Kadir daripada SK Training diikuti dengan pembentangan enam skim bantuan yang termasuk dalam proses permohonan bantuan dalam tempoh KPI (5) hari. Antaranya ialah Skim Bantuan Kewangan Bulanan, Skim Bantuan Sewa Rumah, Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang, Skim Bantuan Perniagaan, Skim Bantuan Perkahwinan, dan Skim Bantuan Am Pelajaran IPT.

Melalui pembentangan ini, segala persoalan dan isu-isu semasa proses siasatan telah dibincangkan dan perlu dijadikan dalam bentuk dokumentasi sebagai rujukan dan panduan penyiasat –penyiasat.Peramian penutup bengkel, telah disempurnakan oleh Pengurus Baitulmal MAIWP iaitu, Yang Berbahagia Ustaz Mohd Nizam Bin Yahya.Semoga para peserta mendapat manfaat daripada bengkel ini sekaligus dapat meningkatkan kualiti proses kerja siasatan.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP