LAGU ‘AKU HANYA UMAR’ BAWA KEMENANGAN

Saiz Tulisan :

kecik

30 SEPTEMBER 2017 – Lagu ‘Aku Hanya Umar’ telah membawa kemenangan kepada Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah Presint 18, Putrajaya setelah dinobatkan sebagai johan keseluruhan dalam pertandingan Festival Nasyid Ceria Putrajaya 2017.

Pertandingan nasyid ini merupakan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang diadakan di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC),Presint 5.

Majlis ini telah disempurnakan oleh isteri Menteri Wilayah Persekutuan merangkap Pengerusi Badan Amal Kasih Ibu, Datin Seri Anggraini Sentiyaki dan turut hadir bersama memeriahkan majlis ini ialah Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd Rahimi Rejab.

Festival ini berupa pertandingan nasyid dan terbuka kepada semua pelajar Taska,Tadika dan Prasekolah yang berumur 6 tahun ke bawah di sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya. Sebanyak 57 buah sekolah mewakili agensi-agensi kerajaan dan swasta telah menyertai pertandingan ini di peringkat saringan dan hanya 12 sekolah sahaja yang layak ke peringkat akhir.

kecik.jpgNASYID CERIA 2.jpgNASYID CERIA 3.jpgNASYID CERIA 4.jpgNASYID CERIA.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!