LAWATAN KPE MAIWP KE DARUL ILMI
3 Oktober 2017 YBhg Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah mengadakan lawatan ke Darul Ilmi, MAIWP.
Lawatan ini merupakan kunjungan pertama YBhg Dato’ KPE MAIWP ke Darul Ilmi setelah beliau dilantik sebagai KPE MAIWP. Lawatan ini telah memberi peluang kepada penghuni Darul Ilmi untuk beramah mesra dan memberi kesempatan kepada YBhg Dato’ KPE MAIWP memberi sedikit tazkirah ringkas kepada penghuni.
Sepanjang lawatan juga YBhg Dato’ KPE MAIWP dapat melihat sendiri kawasan sekitar tanah dan rumah yang telah diwakafkan oleh pewakaf termasuk kawasan dusun buah-buahan. YBhg Dato’ KPE MAIWP juga turut berkesempatan untuk bertemu dan menziarahi Pewakaf Darul Ilmi, Tuan Haji Mohd Mazlan bin Md Ismail bersama isteri di rumahnya.
Turut hadir sama dalam lawatan ini, Encik Zahed Bin Saidin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (Pengurusan), Encik Mohd Nizam bin Yahya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP (Operasi), Encik Mohammad Rushdan Bin Ab Hamid, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan, Encik Ir Abd Karim bin Mohamed @Ismail, Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan serta pegawai-pegawai Bahagian Pembangunan Insan.