MAIWP TERIMA DIVIDEN RM6.61 JUTA

Saiz Tulisan :

kecik

20 September – Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] memperuntukkan kewajipan MAIWP adalah memajukan sosio-ekonomi orang-orang Islam.

Oleh itu, bagi tujuan ini, MAIWP boleh menubuhkan perbadanan untuk terlibat dalam perusahaan yang mana manfaatnya kembali kepada ummah.

Sehingga kini, MAIWP telah menubuhkan 7 buah syarikat yang menjalankan aktiviti dalam pelbagai bidang.

Baru-baru ini, MAIWP telah menerima bayaran dividen bagi tahun 2016 daripada syarikat-syarikat miliknya berjumlah RM6.61 juta. Jumlah dividen yang diterima ini meningkat sebanyak 21% berbanding tahun 2015 iaitu sebanyak RM5.46 juta.

Majlis Penyerahan Dividen Tahun 2016 oleh syarikat milik MAIWP ini diadakan di Kompleks Islam Putrajaya dan disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.

Semoga pencapaian yang telah dicapai ini menjadi suatu tanda aras untuk diatasi dan pendorong kepada syarikat lain untuk meningkatkan prestasi masing-masing.

DSC_0110.JPGkecik.JPGms 10 dividen (1).JPGms 10 dividen (2).JPGms 10 dividen (3).JPGms 10 dividen.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!