PERHIMPUNAN BERSAMA HARI PPZ-MAIWP

Saiz Tulisan :

kecik

29 September – Perhimpunan Bulanan MAIWP September 2017 telah diadakan di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM dan telah dihadiri hampir 300 orang warga MAIWP.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika berucap di majlis tersebut mengucapkan terima kasih di atas komitmen yang telah diberikan oleh warga MAIWP.
“Pada 14 September yang lalu, kita telah dikejutkan dengan tragedi kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Keramat Hujung, Kuala Lumpur. Amat menyayat hati apabila 23 orang terkorban dalam kejadian tersebut,” ujar beliau.
Menurut beliau, MAIWP sebagai agensi mengurus zakat di Wilayah Persekutuan telah turun padang menyalurkan bantuan segera termasuk menguruskan jenazah sehingga selamat dikebumikan.

 
Beliau juga berpesan agar warga MAIWP tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan. “Sebagai penjawat awam, warga MAIWP harus mematuhi Perintah Am penjawat am yang telah ditetapkan oleh kerajaan berhubung kenyataan awam dan kerahsiaan jabatan,”tambah beliau lagi.

“Tragedi DQI harus dijadikan iktibar untuk kita semua. Oleh itu saya telah mengarahkan agar semua institusi di bawah MAIWP membuat pemeriksaan dan prihatin dengan aspek keselamatan di premis masing-masing sebagai langkah pencegahan.”
Pada majlis perhimpunan kali ini, beliau turut menyampaikan cenderamata kenangan kepada Encik Wan Nur Fakrin Bin Wan Ahmad Sukri, Pengurus Unit Undang-Undang MAIWP yang telah tamat tempoh pinjaman di MAIWP.
Turut disampaikan Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) dan  bantuan musibah oleh PUSPANITA MAIWP.

 

000_2070.JPG000_2078.JPG000_2123.JPG000_2165.JPG000_2221.JPG000_2242.JPGDSC_0075.JPGDSC_0125.JPGDSC_0144.JPGDSC_0187.JPGDSC_0201.JPGDSC_0218.JPGDSC_0230.JPGkecik.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!