BAKAT PELAJAR TADIKA ISLAM MAIWP DIGILAP
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Tadika Islam MAIWP merupakan sebuah institusi pendidikan awal di bawah MAIWP. Sehingga kini, terdapat 81 buah Tadika Islam MAIWP di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
Pada bulan September ini telah berlangsung Festival Kesenian & Kebudayaan Islam (FKKI) Tadika Islam MAIWP. Dalam program tersebut, sebanyak lima acara telah dipertandingkan iaitu acara Nasyid, Bicara Berirama (Coral Speaking), Azan, Hafazan dan Kuiz. Acara Bicara Berirama (Coral Speaking) adalah acara baru yang dipertandingkan pada tahun ini bagi menggantikan acara Mari Bercerita.
Tadika-tadika Islam MAIWP dipecahkan mengikut zon. Sebanyak 5 zon iaitu Zon Bandar Tun Razak, Setapak, Titiwangsa, Batu dan Bangsar telah mengadakan pertandingan mengikut zon masing-masing di Masjid Wilayah Persekutuan dan Darul Kifayah pada 11- 19 September lalu
Manakala bagi zon Putrajaya, ianya telah diadakan pada 7 September 2017 di Dewan Melati, Perbadanan Putrajaya. Majlis FKKI di Putrajaya diserikan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, dan Pengerusi Perbadanan Putrajaya, YBhg. Datuk Seri Hasim bin Haji Ismail.
Juara keseluruhan setiap zon akan bertanding di peringkat akhir pada 3 Oktober 2017 di Masjid Wilayah Persekutuan.