KENYATAAN MEDIA MAIWP BERHUBUNG DARUL QURAN ITTIFAQIYAH
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
26 September - Berhubung insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiah (DQI) di Kampung Keramat Hujung pada 14 September 2017, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) ingin memberi penjelasan berhubung beberapa perkara yang dibangkitkan oleh beberapa pihak.
Pertamanya sepertimana dalam kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini, ingin dinyatakan di sini bahawa DQI merupakan salah satu pusat tahfiz yang menerima bantuan zakat dari MAIWP di bawah Bantuan Kepada Agensi Bukan Kerajaan (NGO) & Institusi Pendidikan sepertimana pusat tahfiz persendirian yang lain.
Dalam konteks pengurusan pusat tahfiz berkenaan, ia diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan DQI sendiri dan tidak melibatkan MAIWP.
DQI telah mula beroperasi pada tahun 2002 di premis beralamat No.75, Jalan Keramat Ujung, Kg. Datuk Keramat, Kuala Lumpur.
Pada tahun 2016, DQI telah berpindah secara sementara ke premis beralamat di Lot 1274 & sebahagian Lot 1400 Seksyen 100, Jalan Keramat ( premis yang terbakar) bagi memberi laluan kepada kerja-kerja ubahsuai di premis asal. Kebenaran perpindahan ke premis sementara ini diberikan oleh waris pewakaf.
Berhubung pengubahsuaian premis sementara yang terbakar, adalah dimaklumkan bahawa ia dilaksanakan
oleh sebuah syarikat kontraktor yang telah dilantik oleh pihak Madrasah Ittifaqiyah sendiri tanpa melibatkan MAIWP.
Justeru saya berharap penjelasan ini dapat menjawab perkara-perkara yang dibangkitkan.
Dato' Haji Paimuzi Yahya
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan