DDMS DI MAIWP
Seiring dengan perkembangan teknologi dan menyokong amalan persekitaran hijau, maka MAIWP telah menambahbaik sistem pengurusan failnya.
Mulai 13 September 2017, MAIWP secara rasmi telah menggunakan Digital Document Management System atau ringkasnya DDMS.
DDMS merupakan satu sistem pengurusan rekod secara elektronik yang dikendalikan oleh kerajaan di bawah MAMPU. Sistem ini dapat meningkatkan kepantasan akses, mengurangkan penggunaan kertas serta menjamin ketersediaan maklumat yang efisyen melalui penggunaan aplikasi ICT.
Menerusi DDMS, penggunaan kertas dapat dijimatkan di mana pergerakan dokumen adalah secara atas talian. Minit atau arahan akan disampaikan menerusi sistem tersebut yang dihubungkan kepada emel setiap pegawai MAIWP.
Selari dengan penggunaan DDMS ini juga, MAIWP telah menambahbaik klasifikasi fail menerusi senarai yang dihasilkan berdasarkan perbincangan dengan Jabatan Arkib Negara.
YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP berkata penggunaan DDMS di MAIWP seiring dengan hasrat MAIWP untuk memudahkan kerja menerusi penggunaan teknologi ICT.
Beberapa siri latihan penggunaan DDMS telah diadakan bagi membiasakan warga MAIWP dengan sistem ini.