BAITULMAL MAIWP TERUS MEMBANTU

Saiz Tulisan :

kecik

23 Ogos - Baitulmal MAIWP  terus merancakkan lagi dalam membantu asnaf menjana pendapatan. Baitulmal MAIWP menganjurkan Kursus Pembuat Roti dengan kerjasama IDA Bakery kepada penerima bantuan perniagaan.

Seramai 5 orang penerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP telah mengikuti Latihan Asas Bakeri. Kursus tersebut diadakan di Ida Bakery, Kg. Dato Keramat. Dalam latihan tersebut, para peserta dibekalkan dengan peralatan asas bakeri termasuk ketuhar pelbagai guna yang dapat dimanfaatkan untuk memajukan perniagaan mereka.

Diharapkan bantuan yang disalurkan kepada penerima bantuan perniagaan terus maju dan mampu menjana pendapatan untuk keluar daripada kepompong kemiskinan.
Terima kasih pembayar zakat. Amanah anda kami tunaikan sebaik mungkin.

DEL_1457.jpgDEL_1480.jpgDEL_1497.jpgDEL_1522.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!