JIWAI SEMANGAT MERDEKA
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Dalam Perhimpunan Bulanan MAIWP Ogos 2017, warga MAIWP diseru menjiwai semangat kemerdekaan. “Telusurilah sejarah, belajarlah bagaimana mereka yang terdahulu memperjuangkan kemerdekaan,” ujar YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
Beliau juga menyeru agar perpaduan dapat diperteguhkan dan menjauhkan dari persengketaan yang boleh merobek keamanan apatah lagi sesama Islam dan bangsa Melayu.
Pada masa yang sama, beliau mengingatkan warga MAIWP agar menjaga rahsia kerajaan dan tidak membocorkan maklumat demi kepentingan pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sempena kemerdekaan Malaysia yang ke-60, Perhimpunan Bulanan MAIWP kali ini dihidupkan dengan semangat kemerdekaan melalui nyanyian lagu Tanggal 31 dan tayangan video patriotik.