PERKHEMAHAN BRIGED BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA 2017

Saiz Tulisan :

ikb (2)

Pada 13 -17 Ogos 2017 baru-baru ini satu Perkhemahan Briged Bomba Dan Penyelamat yang bertempat di Kem D’Agroloka Resort, Jelebu Negeri Sembilan dilaksanakan dengan jayanya. Perkhemahan yang disertai oleh pelajar Tahun Satu Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ini merupakan program wajib bagi semua pelajar tahun satu bagi memenuhi keperluan subjek teras kokurikulum mereka. Malah ia juga merupakan syarat utama untuk mendapatkan penganugerahan sijil briged bomba.

Pelbagai nilai tambah dan ilmu yang dapat diperoleh oleh pelajar melalui setiap pengisian aktiviti dan pertandingan yang telah diadakan sepanjang perkhemahan ini. Program perkhemahan ini bukanlah hanya memenuhi keperluan subjek semata-mata malah ia bertujuan memupuk nilai dan semangat yang jitu dalam memberi khidmat pada negara.

Selain itu, semangat setiakawan dan berpasukan dalam kalangan ahli Briged Bomba IKB dapat dipupuk oleh pelajar. Dalam pada masa yang sama, perkhemahan ini bertujuan mendedahkan peserta kepada aktiviti-aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental agar mereka mampu menjalani kehidupan dengan sikap yang lebih positif.

Edisi perkhemahan briged bomba kali ini menampilkan Muhammad Azimey Bin Mohd Anuar sebagai kadet lelaki Terbaik, manakala Norhafizah Binti Bakar dinobatkan sebagai Kadet Wanita Terbaik. Seterusnya kategori Platun Terbaik dirangkul oleh platun 2 dibawah pimpinan Pb Mohd Najdi Bin Che Kamis. Sungguhpun begitu, semua platun harus berbangga dan dihargai atas usaha dan kesungguhan yang telah ditunjukkan. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar atas usaha sebegini dan semoga ianya diteruskan untuk membentuk disiplin dan jati diri yang lebih unggul.

Majlis pembukaan Kem Perkhemahan Briged Bomba Dan Penyelamat Malaysia 2017 ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Haji Mohammad Rusydan bin Ab, Hamid selaku Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP dan turut hadir Pengetua Institut Kemahiran Baitulmal iaitu Encik Affendy bin Yaakub.

ikb (1).JPGikb (2).JPGkecikikb.JPG

 

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!