PELAJAR SEKOLAH AGAMA MAIWP CEMERLANG
Majlis Ihtifal 'Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) yang berlangsung di Maahad Al-Mashoor Al-Islami, Balik Pulau, Pulau Pinang selama 3 hari telah menutup tirai pada 6 Ogos 2017.
Penyertaan ini disertai oleh Sekolah-Sekolah Menengah Agama daripada 13 buah negeri kecuali Sarawak. Wilayah Persekutuan turut mengambil bahagian dengan menghantar wakil daripada tiga buah sekolah menengah agama di bawah MAIWP iaitu Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP), Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA).
Dalam penyertaan itu, kejayaan telah diraih menerusi: Kejayaan Wilayah Persekutuan dibuktikan melalui pencapaian :-
Johan Tilawah Al-Quran : Adil bin Senin, Tingkatan 1 SMISTA
Tempat ke- 3 Syarahan Bahasa Melayu : Nur Hadirah binti Azhar, Tingkatan 5 SMA MAIWP
Tempat ke- 3 Syarahan Bahasa Arab : Wan Muhammad Syahmi bin Wan Saifuddin, Tingkatan 5 PMA
Kejayaan ini telah sekaligus telah menaikkan nama sekolah-sekolah di bawah pengurusan MAIWP. Ia juga membuktikan MAIWP bukan hanya mampu melahirkan pelajar cemerlang dalam akademik, bahkan