SEKOLAH AGAMA MAIWP SERTAI KESSUMA

Saiz Tulisan :

kesuma (9)

Pada tanggal 16- 20 Julai 2017 telah berlangsung Kejohanan Sukan Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA) di Kompleks Sukan Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Kejohanan ini disertai oleh 13 buah negeri dari seluruh Malaysia.

Sekolah-sekolah menengah agama MAIWP terdiri daripada Sekolah Menengah Agama MAIWP (SMA MAIWP), Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) dan Pondok Moden Al-‘Abaqirah (PMA) turut mengambil bahagian bagi mewakili Wilayah Persekutuan.

Kesemua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi namun rezeki masih belum menyebelahi kontinjen Wilayah Persekutuan dalam kejohanan pada tahun ini.
Bagi kejohanan akan datang, kontinjen Wilayah Persekutuan akan meningkatkan lagi usaha untuk menambahbaik pencapaian para peserta melalui latihan bersepadu dan mendapatkan khidmat jurulatih professional dalam acara yang disertai.

kecikkesuma.JPGkesuma (1).JPGkesuma (1).PNGkesuma (2).JPGkesuma (3).JPGkesuma (4).JPGkesuma (5).JPGkesuma (6).JPGkesuma (7).JPGkesuma (8).JPGkesuma (9).JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!