MAIWP TERIMA GOLD AWARD
16 Ogos- MAIWP meneruskan kecemerlangan dalam bidang kreativiti dan inovasi pada tahun ini. Kejayaan ini dicipta dalam Pertandingan Konvensyen Team Excellence Wilayah Utara 2017 anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada 15-16 Ogos 2017 di Pulau Pinang.
Dalam pertandingan tersebut, MAIWP telah membentangkan projek Pusat Agihan Zakat atau ringkasnya dikenali sebagai PAZA. Projek ini ternyata mempunyai nilai inovasinya sendiri apabila ia menerima pengiktirafan Gold Award. PAZA dibuka oleh MAIWP di Wilayah Persekutuan mengikut kawasan Parlimen.
YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP menyatakan penubuhan PAZA terbukti telah memudahkan asnaf dalam memohon bantuan zakat. “Berbeza dengan negeri lain, mereka mempunyai pejabat zakat daerah. Di Wilayah Persekutuan, tiada daerah yang menjadi penghubung antara ibu pejabat dan masyarakat. Oleh itu, kita telah menubuhkan PAZA mengikut kawasan Parlimen dan terbukti ia telah banyak memudahkan asnaf,’ kata beliau.
Penubuhan PAZA terbukti telah memudahkan asnaf dalam memohon bantuan zakat. Ia telah memberi impak dan manfaat yang besar dalam pengurangan kos, masa dan tenaga asnaf itu sendiri. Selain itu pembukaan PAZA mampu meluaskan lagi agihan zakat.
Sehingga kini terdapat 9 buah PAZA dibuka oleh MAIWP. Menerusi penubuhan PAZA, pemohon hanya perlu hadir ke PAZA yang berhampiran tanpa perlu lagi hadir ke ibu pejabat Baitulmal MAIWP.
Penubuhan PAZA tidak melibatkan proses pembangunan baru sebaliknya hanya menggunakan premis sedia ada.
Projek ini telah dibentangkan oleh kumpulan inovasi MAIWP iaitu Kumpulan Sufi. Mereka terdiri daripada 10 orang warga MAIWP merangkumi pelbagai bahagian di MAIWP.
Grafikkan
Anggota Kumpulan SUFI :
1. Md Fadzli bin Md Saad, Bahagian Baitulmal
2. Mohd Saiful Hafiz Abdullah, Bahagian Baitulmal
3. Fatimah Noor bt Adam, Bahagian Baitulmal
4. Sutera Manis bt Zam Zam, Bahagian Pembangunan & Pelaburan
5. Fadilah bt Sefian, Bahagian Baitulmal
6. Muhammad Shafiq bin Abdul Geni, Bahagian Baitulmal
7. Muzilawati bt Rahmat, Bahagian Khidmat Pengurusan
8. Hairul Nizam bin A. Rahman, Bahagian Teknologi Maklumat
9. Muhammad Ishak bin Zulkifly, Bahagian Baitulmal
10. Muhammad Hilmi bin Othman, Bahagian Teknologi Maklumat
Fasilitator: Ustaz Mohd Nizam bin Hj Yahya