PELANCARAN MESIN KOMPOS TADIKA ISLAM MAIWP SULAIMANIYYAH, PRESINT 18, PUTRAJAYA
27 JULAI 2017 – Satu pelancaran Majlis Penyerahan Mesin Kompos telah diadakan di Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah Presint 18 Putrajaya oleh pihak Jepun dengan diwakilkan kepada Syarikat Merry Corp kepada wakil Perbadanan Putrajaya iaitu YBhg. Dato’ Fadlun bin Mak Ujud selaku Timbalan Pengerusi Perbadanan Putrajaya.
Mesin Kompos ini akan digunakan di Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah bertujuan untuk mendidik anak-anak di peringkat prasekolah memahami betapa pentingnya kebersihan alam sekitar dan kebaikan bahan-bahan kitar semula selain mengitar semula sisa-sisa makanan seperti nasi, kulit buah-buahan, sayu-sayuran dan lain-lain. Bahan-bahan ini akan dikitar untuk menjadi air atau baja yang dapat digunakan untuk membaja tanaman.
Majlis ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Fadlun bin Mak Ujud, Timbalan Pengerusi Perbadanan Putrajaya,YBhg. Dato’ Mohamad bin S. Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perkembangan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Haji Mohammad Rushdan bin Ab.Hamid, Pengurus bahagian Pembangunan Insan MAIWP, wakil-wakil dari Unit Tadika Islam Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, wakil-wakil dari Alam Flora, wakil-wakil dari Merry Corp, dan Guru-guru Tadika Islam MAIWP Sulaimaniyyah.
Dengan adanya Mesin Kompos ini dapat mendidik dan menanam rasa cinta murid-murid untuk menjaga kebersihan serta memahami kepentingan pemuliharaan alam sekitar.