PINGAT PERAK UNTUK SMA MAIWPKL DALAM ACARA MEMANAH
Pelajar SMA MAIWP KL telah menyertai Kejohanan memanah sirkit pelapis MSN/NAAM siri 1, 2017 telah diadakan pada 23 - 26 Mac 2017 di Universiti Teknikal (M) Melaka.
Kejohanan yang bertaraf kebangsaan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negeri dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia bagi tahun 2017. Objektif kejohanan ini adalah untuk menguji tahap pencapaian atlet memanah dalam ranking Malaysia dan menggalakkan pelajar supaya yakin dengan kemampuan mereka untuk mencapai kecemerlangan dalam aktiviti tersebut. Dalam kejohanan tersebut, SMA MAIWP KL telah berjaya mendapat pingat perak dalam acara berkumpulan recuve perempuan dan secara keseluruhan ketiga -tiga peserta wanita yang mewakili SMA MAIWP KL memenangi pingat gangsa.