KEMUDAHAN TADIKA ISLAM YANG LEBIH SELESA DI INTAN BAIDURI
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
MAIWP telah menambahbaik perkhidmatan pendidikan prasekolah dengan menyediakan kemudahan Tadika Islam yang lebih selesa di Taman Intan Baiduri, Kepong.
Bangunan baru Tadika Islam MAIWP Taman Intan Baiduri telah memulakan beroperasi pada 7 Ogos 2017. Sebelum ini Tadika Islam Intan Baiduri beroperasi di bangunan lama yang terletak di PPR Intan Baiduri,Kepong, Kuala Lumpur.
Bangunan baru yang beralamat di Lot 9227,Jalan 1B,Taman Intan Baiduri,Kepong,Kuala Lumpur ini mula dibina pada 26 Januari 2015 dan siap sepenuhnya pada 26 Mei 2017 dengan keluasan 1437 meter kaki persegi. Kos pembinaan bangunan tadika ini di anggarkan sebanyak RM 2,212000.00.
Tadika 2 tingkat ini mampu menampung jumlah pelajar seramai 120 orang murid dalam satu masa dan urusan pentadbiran tadika ini diuruskan dan diketuai oleh seorang Ketua Guru iaitu Puan Noorul Hayati Binti Ismail dan dibantu oleh 5 orang guru. Bangunan tadika ini menyediakan kemudahan-kemudahan yang lengkap dan selesa bagi kegunaan murid-murid seperti 4 buah kelas belajar, pejabat guru dan penyelia, bilik komputer, bilik utiliti, surau, dapur, ruang aktiviti,ruang makan dan juga dilengkapi dengan taman permainan yang sesuai dengan murid-murid