MAIWP KEKALKAN PRESTASI AUDIT BERSIH

Saiz Tulisan :

KECIK

4 Ogos – Pengurusan kewangan yang cekap dan telus amat dittitikberatkan oleh MAIWP. Sebagai sebuah agensi Islam yang menjaga amanah zakat, perkara ini menjadi asas penting bagi memastikan zakat diagihkan menepati dengan kehendak syara’ dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Oleh itu, bagi memastikan ianya terlaksana, pengurusan kewangan di MAIWP sentiasa dipantau oleh pihak-pihak tertentu seperti Jabatan Audit Negara dan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syara’ Wilayah Persekutuan.

Pada tahun ini, Jabatan Audit Negara (JAN) sekali lagi telah memberikan Sijil Audit Bersih Tanpa Teguran kepada Penyata Kewangan  MAIWP. Pencapaian ini merupakan pencapaian tahun ke-11 berturut-turut. Ia diberikan kepada MAIWP setelah MAIWP berjaya mempersembahkan Penyata Kewangan Berakhir 31 Disember 2016 mengikut piawaian perakaunan yang diterima umum, diamalkan secara konsisten, seragam serta pendedahan yang mencukupi.

Dalam pengauditan ini, JAN meneliti keseluruhan aktiviti MAIWP termasuk pengagihan zakat, perolehan, aset, pelaburan  dan lain-lain lagi bagi memastikan ianya menepati prosedur yang ditetapkan.
Sijil Audit Bersih telah disampaikan oleh Encik Khalid Khan Bin Abdullah Khan, Timbalan Ketua Audit Negara (Sektor Kewangan) JAN kepada YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP selepas Mesyuarat Exit Conference pada 4 Ogos 2017 di Kompleks Islam Putrajaya.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi menyatakan sijil bersih ini merupakan bukti MAIWP menguruskan dana zakat dengan baik. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada warga MAIWP yang telah melaksanakan tugasan harian dengan mengikut arahan dan peraturan kewangan yang ditetapkan.

Beliau turut berterima kasih kepada para pembayar zakat dan berharap kutipan zakat di Wilayah Persekutuan akan terus meningkat.  Zakat yang diterima akan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh MAIWP untuk menyantuni asnaf.

000_0383.JPG000_0390.JPG000_0393.JPG000_0399.JPGKECIK.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!