TUAN HAJI ZAKUAN: JASAMU DIKENANG

Saiz Tulisan :

kecik

Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP tamat tempoh pinjaman di MAIWP pada 31 Julai 2017. Beliau mula dilantik pada 3 Ogos 2015 dan merupakan TKPE MAIWP yang ke-3. Kini beliau kembali bertugas di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Majlis perpisahan beliau telah diadakan pada 24 Julai 2017 di Majlis Sambutan Aidilfitri MAIWP. Dalam ucapannya, beliau berharap warga MAIWP dapat terus memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan.
Pelbagai penambahbaikan dan pembaharuan telah dilasakanakan sepanjang beliau menjadi TKPE.  Antaranya:
1.    Memperkenalkan konsep maqasid syariah dalam agihan zakat dengan implementasi prinsip dharuriyyah, hajiyyah dan tahsiniyyah.

2.    Meningkatkan kualiti pelaksanaan program di MAIWP yang menekankan objektif program dengan  perbelanjaan yang efisien

3.    Pewujudan Manual Peraturan Kewangan dan Perakaunan MAIWP

4.    Mempengerusikan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Pelan Strategik ICT MAIWP 2017-2021

5.    Memperkasakan persembahan dan kandungan laman web dengan pengenalan laman web baru MAIWP

6.    Memperkasakan pelaksanaan Mesyuarat Pengurusan Fasiliti

7.    Mengharmonikan proses pengagihan bantuan kepada NGO agar lebih berhemah dan bertepatan kehendak syara’

8.    Memperkenalkan sistem penyampaian bantuan kepada NGO yang lebih efektif dan efisien

9.    Bertindak sebagai tulang belakang dalam kejayaan penganjuran program-program di MAIWP

10.    Meningkatkan kualiti persembahan dan kandungan bahan terbitan MAIWP seperti Laporan Tahunan dan Buletin

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Tuan Haji Zakuan di atas segala usaha dan pengorbanan yang beliau lakukan sepanjang menjadi TKPE. Warga MAIWP mendoakan agar beliau terus cemerlang dalam menabur bakti memartabatkan pengurusan Islam di negara ini.

000_9700.JPG000_9730.JPGkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!