PELAJAR SEKOLAH AGAMA RAIH KEJAYAAH DI PERTANDINGAN SAINS ANTARABANGSA
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
Seramai 4 orang pelajar Sekolah Menengah Agama MAIWP Kuala Lumpur (SMA-MAIWP KL) telah berjaya mencipta kemenangan di peringkat antarabangsa. Kejayaan ini ditempa dalam pertandingan sains International Students Science Fair (ISSF) 2017 yang diadakan di Busan Korea Selatan pada 19 hingga 23 Jun 2017 dengan tema ‘Open the Future with Us.
ISSF merupakan acara tahunan yang disertai oleh sekolah-sekolah dari seluruh dunia. Pada tahun 2017, ISSF telah disertai oleh 38 buah sekolah daripada 22 buah Negara. SMA-MAIWP KL merupakan antara tiga buah sekolah yang mewakili Malaysia selain Sekolah Sains Pokok Sena, Kedah dan Sekolah Sains Alam Shah.
SMA-MAIWP telah diwakili oleh pelajar Tingkatan 4 iaitu Muhammad Haizad Bin Shamsul Bahri, Muhammad Izzat Hafizy Bin Mohd Shukor, Nazrin Irfan Bin Mohd Nazib dan Mohd Yusuf Zakwan Bin Mohd Yuri dan diiringi guru pembimbing, Puan Rohaiza Ramli. Mereka telah mencipta kejayaan berikut:
a. Most Creative Research dalam kategori The Mathematical Underpinnings Of Islamic Geometric Art
b. First Place Drone Design
c. Third Place Drone Aviation; dan
d. Third Place Science Competition
YBhg. Dato’ Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP ketika mengulas kejayaan ini menyatakan ianya merupakan kebanggaan kepada umat Islam di negara ini. “Menjadi satu-satunya sekolah agama dalam pertandingan sains antarabangsa membuktikan institusi pendidikan MAIWP sentiasa terkehadapan dan mampu bersaing dalam pelbagai bidang,” kata beliau.