NOSTALGIA HARI RAYA
24 Julai - Majlis Sambutan Hari Raya MAIWP 2017 yang bertemakan Nostalgia Hari Raya telah diadakan di Dewan Besar Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.
Majlis telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.
Pada tahun ini, sebanyak 18 buah gerai juadah hidangan disediakan yang merupakan inisiatif daripada setiap bahagian dan syarikat MAIWP.
Dalam ucapan, YB Dato’ Seri Jamil Khir mengucapkan tahniah kepada warga MAIWP di atas penganjuran majlis yang cukup sederhana tetapi kemeriahannya dirasai.
Gerai kombinasi Bahagian ICT, Undang-Undang, Audit dan Integriti memenangi Pertandingan Gerai Tercantik. Kad Raya Terbaik dimenangi oleh Bahagian Pembangunan Pelaburan manakala Video Raya Terbaik dimenangi oleh Bahagian Kewangan MAIWP.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan YBhg. Tan Sri Dato’Haji Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).