SKUAD MUSIBAH BERSEDIA
Skuad Musibah Baitulmal MAIWP turun padang menziarahi 3 keluarga yang terlibat dengan musibah kebakaran di PPR Desa Rejang, Kuala Lumpur.
Kejadian berlaku sekitar jam 12.30 tengah hari. Maklumat awal kejadian berpunca daripada litar pintas di salah sebuah rumah. Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Mangsa ditempatkan di Dewan Penduduk yang berdekatan buat sementara waktu.
Baitulmal MAIWP akan membantu Keluarga mangsa yang terlibat sebaiknya agar beban yang ditanggung dapat diringankan.
Terima kasih sahabat penyampai maklumat, amanah zakat anda kami laksanakan
Memacu Kegemilangan Ummah