KEMAHIRAN ASNAF TERUS DIASAH
10 Julai 2017 berlangsung bengkel e-Usahawan siri ke 5 khusus untuk penerima-penerima Bantuan Perniagaan Baitulmal MAIWP yang diadakan di Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur
Seramai 40 orang usahawan asnaf telah dijemput menghadirkan diri di dalam bengkel ini. Bengkel diadakan adalah kerjasama antara Baitulmal MAIWP dan Malaysia Digital Ekonomi Corporation (MDEC) di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM)
Antara pengisian bengkel ini para peserta perlu membawa produk yang diusahakan dan akan diberi pendedahan serta bimbingan teknik dan strategi pemasaran serta meningkatkan jualan produk melalui pendekatan media sosial.
Penganjuran kursus e-Usahawan bersama MDEC adalah atas rasa tanggungjawab MAIWP membantu asnaf keluar dari kepompong kemiskinan agar dapat melahirkan ikon asnaf yang cemerlang dan boleh dijadikan contoh kepada asnaf yg lain.