BAITULMAL SENTIASA ADA BERSAMA
“Terima Kasih Baitulmal kerana pernah bantu saya dahulu untuk bantuan sewa beli teksi. Saya sakit Baitulmal juga menghulurkan bantuan kepada saya”. Terukir senyum yang ikhlas di wajah En Abdullah Rusli. Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP Parlimen Cheras turun padang bagi melihat keadaannya.
Beliau dan anak tinggal bersama kedua ibu bapanya berikutan penyakit kencing manis kronik yang dihidapi telah mengakibatkan kaki kanannya dipotong pada Januari lalu. Sebelum ini, beliau bekerja sebagai pemandu teksi untuk menanggung empat orang anak yang berusia 5 sehingga 10 tahun. Keadaan menjadi semakin sukar apabila beliau dan anak-anak ditinggalkan isteri pada tahun 2013 akibat daripada tekanan kewangan.
Kini, segala keperluan diri dan anak2 ditanggung oleh bapanya yang hanya bergantung harap kepada pencen RM250 sebulan dan turut dibantu oleh adiknya yang juga telah berkeluarga.
Selain itu, beliau terpaksa berulang alik ke hospital Sungai Buluh untuk memantau penyakit yang dihidapi. Skuad telah mengesyorkan Bantuan Kewangan Bulanan dan Bantuan Perubatan bagi meringankan penderitaan beliau. Skuad turut menghulurkan bantuan beras beserta kit keperluan dapur dan Bantuan Kecemasan untuk perbelanjaan harian sementara bantuan bulanan beliau diproses.
“Amanah Anda Kami Laksanakan”