FOKUS MAIWP ADALAH ASNAF

Saiz Tulisan :

kecik

31 Julai – Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP telah diadakan bertempat di ibu pejabat MAIWP di  Bangunan PERKIM. Seramai 200 orang warga MAIWP hadir ke majlis tersebut.

YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP di majlis tersebut mengucapkan tahniah dan penghargaan kepada warga MAIWP yang telah memberikan komitmen jitu dalam melaksanakan tugas.
Beliau turut berpesan agar warga MAIWP tidak bertangguh dan membuat kerja di saat akhir. “Setiap tugas harus dibuat mengikut perancangan dan kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan objektif tidak tercapai,” kata beliau.

Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato’ KPE turut menekankan keutamaan MAIWP adalah menyantuni asnaf. “Fokus MAIWP adalah asnaf. Sebagaimana yang saya nyatakan semasa baru dilantik, kejayaan MAIWP dalam menyantuni asnaf menjadi kayu ukur kepada masyarakat di luar sana,”.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kejayaan MAIWP dalam melahirkan penerima bantuan yang berjaya. Seramai tiga orang penerima bantuan yang kini telah berjaya telah ditampilkan dalam Majlis Semarak Syawal Bersama Asnaf Baitulmal MAIWP pada 17 Julai yang lalu.

Oleh itu, beliau berharap MAIWP dapat melahirkan lebih ramai penerima zakat yang berjaya. Dalam hal ini, MAIWP telah menubuhkan Jawatankuasa Kecil Pembangunan Ekonomi Asnaf ke arah merealisasikan matlamat itu.
Dalam majlis tersebut, YBhg. Dato’ KPE turut menyampaikan Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan (APBB) kepada 4 orang warga MAIWP. Beliau turut menyampaikan sumbangan Badan Kebajikan Pekhidmat MAIWP kepada warga MAIWP yang menunaikan haji pada tahun ini.

000_0016.JPG000_0022.JPG000_0027.JPG000_0047.JPG000_9982.JPG000_9984.JPG000_9993.JPGkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!