MAIWP BANTU JAYAKAN PELANCARAN MERCU TANDA

Saiz Tulisan :

kecik

Tarikh 18 Julai 2017 menjadi satu detik bermakna di dalam lipatan sejarah negara kita. Pada tarikh tersebut, sebuah mercu tanda kebanggaan agensi pengurusan Islam telah dilancarkan dikenali Kompleks Islam Putrajaya atau ringkasnya KIP.

Perasmian KIP telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia. KIP merupakan satu mercu tanda yang melambangkan ketinggian martabat Islam di negara ini. MAIWP turut terlibat dalam menjayakan majlis ini dengan mengetuai salah satu jawatankuasa di bawah jawatankuasa induk.

Menurut YAB Perdana Menteri,  kompleks yang gah dari segi senibina dan prasarana kondusif itu merealisasikan agenda pembangunan negara berteraskan Islam yang syumul.

"Saya amat berbangga dengan kewujudan KIP ini, bukan hanya sebagai pemimpin negara tetapi sebagai seorang muslim dan seorang insan yang melihat kompleks tersergam indah pelambangan ketinggian Islam di bumi Malaysia," katanya ketika menyampaikan ucapan.

Kehebatan seni binanya telah berjaya meraih Anugerah Hartanah Asia-Pasifik 2017 kategori Pembinaan Pejabat Terbaik baru-baru ini.

KIP dibina di kawasan seluas 2.28 hektar dan menghimpunkan agensi agama Islam di bawah satu bumbung. Ia terdiri daripada 4 buah blok dan salah sebuah blok menempatkan pejabat MAIWP cawangan Putrajaya.

000_9187.JPG000_9208.JPG000_9257.JPG000_9284.JPG000_9319.JPG000_9357.JPG000_9384.JPGkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!