MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN BERBUKA PUASA SEMPENA IHYA’ RAMADHAN ANJURAN DARUL ILMI BERSAMA BAHAGIAN DAKWAH JAKIM

Saiz Tulisan :

kecik

12 Jun 2017-     Darul Ilmi, Bahagian Pembangunan Insan MAIWP telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Sempena Ihya’ Ramadhan Anjuran Bersama Bahagian Dakwah, JAKIM .

Majlis ini adalah majlis tahunan Darul Ilmi bagi meraikan warga Darul Ilmi yang berjaya mengkhatamkan Al-Quran di bulan Ramadhan.

Majlis ini dihadiri oleh YBhg Hajah Zawanah binti Muhamamad, Pengarah Pembangunan Insan JAKIM, Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP, Ustaz Mohammad Rushdan bin Ab.Hamid, pegawai-pegawai MAIWP, JAKIM, tenaga pengajar Darul Ilmi serta masyarakat di sekitar ini.

Majlis Khatam Al-Quran dipimpin oleh Ustaz Mohd Bukhari bin Haliah, seterusnya selepas solat Asar  diadakan Ceramah Ramadhan yang disampaikan oleh Ustazah Nazirah binti Abu Bakar, Penolong Pengarah Cawangan Inovasi dan Ketamadunan, Bhagian Dakwah, JAKIM

2.jpg20170613_154341.jpg20170613_175655.jpgkecik.jpgkhatam.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!