TOKOH ASNAF BIDANG PENDIDIKAN BAITULMAL MAIWP

Saiz Tulisan :

kecik

Puan Nurhanim Bt. Mad Daud berusia 33 tahun adalah salah seorang penghuni Kompleks Anak Yatim Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pada tahun 1999-2001

Beliau membesar dalam keluarga yang amat susah dan sukar disebabkan kematian ayahnya untuk bergantung hidup. Sebelum beliau memasuki Kompleks Darul Kifayah, sebagai anak sulung, beliau bertanggungjawab membantu ibunya dengan membuat dan menjual kuih. Beliau bangun seawal pagi untuk menjual kuih sebelum pergi ke sekolah.

Mendapat pendidikan dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Kini, Puan Nurhanim adalah seorang Peguam Persekutuan di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri.

Kejayaan demi kejayaan di tempa oleh beliau dengan Anugerah Pekerja Contoh. Selain itu, beliau juga bergiat aktif dengan aktiviti luar sebagai Setiausaha National Austim Society of Malaysia (NASOM).

Kami mengambil kesempatan untuk mengucapkan Tahniah atas kejayaan beliau. Moga dapat dicontohi oleh anak-anak asnaf yang lain

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!