HIDUPKAN AL-QURAN
17 Jun – Seramai 100 orang warga wanita MAIWP telah menyertai Majlis Khatam Perdana Puspanita Cawangan Kecil MAIWP 1438H/2017M kali ini.
Majlis yang dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif, MAIWP anjuran Biro Dakwah dan Kerohanian ini julung kalinya diadakan di Surau Jumaat Al-Khair, di Kompleks Darul Kifayah.
Beliau amat berbangga dengan semangat kerja yang ditunjukkan oleh AJK Puspanita yang sentiasa memberi masa untuk menghidupkan pejabat dengan tadarus Al-Quran. Kemudian mengadakan majlis khatam Al-Quran beramai-ramai.
“Saya kira amalan sebegini amat baik diteruskan walaupun Ramadan telah meninggalkan kita. Semoga masing-masing mengambil ibrah daripada apa yang dinukilkan di dalam kitab ini sebagai panduan hidup”, katanya ketika berucap.
Antara pengisian majlis ialah diadakan Solat Sunat Dhuha dan Solat Sunat Hajat. Kemudian diikuti dengan majlis berkhatam beramai-ramai. Semoga dengan adanya majlis seumpama ini akan menambah eratkan ukhwah sesama warga wanita MAIWP