NUR RAMADHAN UNTUK ASNAF

Saiz Tulisan :

005072017(kecik)

Sepanjang Ramadhan tahun ini, MAIWP telah menjalin kerjasama strategik Lautan Biru Kebangsaan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan menerusi penganjuran program Nur Ramadhan.

Program ini diadakan di 13 kawasan Parlimen di Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya dan dihadiri golongan asnaf, anak yatim, warga emas, ibu tunggal, OKU dan mereka yang kurang berkemampuan.

Kesempatan yang ada dimanfaatkan oleh MAIWP untuk menyalurkan bantuan zakat kepada mereka yang layak. Sejumlah RM1.35 juta telah disalurkan kepada 9,000 orang penerima di mana setiap mereka menerima RM150.

Dalam kemuncak program Nur Ramadhan pada 16 Jun, MAIWP turut menyalurkan sumbangan zakat sebanyak RM100,000 kepada Pusat Transit Gelandangan Kuala  Lumpur

Menerusi kerjasama sebegini, penyaluran bantuan dapat dilaksanakan dengan lebih menyeluruh dengan kos penganjuran program yang lebih minimum. Program ini turut melibatkan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Yayasan Al-Bukhary, dan Yayasan Wilayah.

005072017 (1).jpg005072017 (2).jpg005072017 (3).jpg005072017 (4).jpg005072017 (5).jpg005072017(kecik).jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP