USAHAWAN ASNAF BAITULMAL MAIWP MULTISKILL
4 Mei 2017 (Rabu)-Seramai 10 orang penerima Bantuan Perniagaan, Baitulmal MAIWP telah mengikuti Latihan Asas Bakeri anjuran Bank Rakyat yang diadakan di Ida Bakery, Kg. Dato Keramat.
Program ini merupakan program pertama Bank Rakyat bekerjasama dengan Baitulmal, MAIWP yang mensasarkan golongan asnaf di Wilayah Persekutuan khususnya. Di dalam Latihan Bakeri ini, peserta dibekalkan dengan peralatan asas bakeri termasuk ketuhar pelbagai guna untuk kegunaan memajukan perniagaan para peserta latihan.
Di samping itu, peserta juga diberikan modal tambahan perniagaan sebanyak RM1,000 daripada Bank Rakyat. Para peserta akan dipantau dari masa ke semasa bagi memastikan mereka mempraktikkan ilmu yang diberi selain dapat memajukan diri dalam perniagaan yang diceburi.
Semoga kesemua peserta berjaya dalam bidang perniagaan mereka dan dapat memasarkan produk-produk yang dihasilkan ke pasaran yang lebih besar sehingga dapat keluar dari golongan asnaf serta akhirnya membayar zakat di Wilayah Persekutuan. Terima kasih pembayar zakat.