MAIWP BANTU “HIDUPKAN” RAMADHAN

Saiz Tulisan :

ihya1

8 Mei - MAIWP mengorak langkah awal dengan menyampaikan bantuan Ihya Ramadhan kepada masjid dan surau di seluruh Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Bantuan tersebut diberikan bagi membolehkan ahli jawatankuasa merancang dan melaksanakan program-program untuk menghidupkan bulan Ramadhan yang bakal bermula pada penghujung Mei nanti.

Penyerahan bantuan telah diadakan di Majlis Pelancaran Penyampaian Bantuan Kepada Masjid dan Surau pada  Mei lalu bertempat di Dewan Plenary, Putrajaya International Convention Centre (PICC).

Pada majlis tersebut, MAIWP telah menyerahkan mok cek berjumlah RM7,622,000.00 mewakili jumlah bantuan kepada  kesemua 85 buah masjid, 110 surau jumaat dan 452 surau biasa di Wilayah Persekutuan termasuk di Labuan.

Setiap masjid menerima RM15,000.00 surau jumaat RM12,500.00 dan surau biasa RM11,000.00

Hadir menyempurnakan majlis adalah YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Pengerusi MAIWP dan  YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor Menteri Wilayah Persekutuan.

ihya1.jpgihya2.jpgihya3.jpgihya4.jpgihya5.jpgihya6.jpgihya7.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!