PUSPANITA PEMANGKIN KEMAJUAN MAIWP
5 Mei – Seramai 200 orang ahli Puspanita Cawangan Kecil MAIWP telah menghadiri Majlis Makan Malam yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.
PUSPANITA turut menerima Pengerusi yang baru iaitu YBhg. Hajah Marzilah Binti Abdul Malek. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada Puspanita MAIWP yang aktif dalam mengendalikan program dan aktiviti khususnya dalam menjaga kebajikan penjawat wanita di MAIWP.
Majlis yang diadakan adalah acara tahunan Puspanita MAIWP bagi meraikan pertukaran AJK baru Puspanita dan menghargai AJK yang lama.