MAIWP MENJADI TUMPUAN

Saiz Tulisan :

4

5 Mei  – Nama MAIWP menjadi tumpuan  di Majlis Perhimpunan Agensi di bawah YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) baru-baru ini. Majis Perhimpunan ini merupakan program dwi bulanan yang mengumpulkan warga 14 agensi di bawah JPM (potfolio agama).

Di majlis yang dihadiri oleh 1,000 orang itu, nama MAIWP kerap disebut oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom (B), Menteri di JPM dalam ucapannya.

Pencapaian cemerlang institusi pendidikan di bawah MAIWP telah mendapat tepukan gemuruh hadirin yang hadir. Pada majlis tersebut, kejayaan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) berada di tempat pertama daripada  209 Sekolah Agama Bantuan Kerajaan di seluruh Malaysia nyata membuatkan hadirin kagum.

Ia berdasarkan keputusan cemerlang di dalam Sijil Pelajaran Malaysia tahun 2016 di mana sebuah lagi sekolah di bawah MAIWP iaitu SMA-MAIWP pula berada di tempat kesembilan.

YB Dato’ Seri juga telah memuji usaha proaktif MAIWP dalam menjawab isu-isu yang tular di media sosial. “Tahniah diucapkan kepada MAIWP kerana dapat memberi penjelasan dengan segera beserta data yang lengkap dan tepat,” ujar beliau.  

Beliau berharap MAIWP dapat mempertingkatkan usaha dalam mengagihkan zakat khususnya di bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Pada majlis tersebut, beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua agensi  yang telah memberi perkhidmatan terbaik kepada umat Islam di negara ini. Beliau berharap agensi pengurusan Islam akan menjadi model kepada agensi-agensi lain.

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyerahan Nota Serah Tugas antara YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin Jaffar dan YBhg. Tuan Haji Paimuzi bin Yahya.  Ia adalah simbolik penyerahan tugas Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) JAKIM.

1.jpg2.jpg3.jpg4.jpgkecik.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!