RM11.64 JUTA ZAKAT UNTUK 24,460 PELAJAR

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2017/20042017/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

bantu5

20 April –Seramai 24,460 pelajar dibantu oleh MAIWP menerusi Bantuan Am Persekolahan Baitulmal melibatkan agihan keseluruhan sebanyak RM11.64 juta.

Mereka terdiri daripada 21,000 pelajar sekolah rendah & menengah di Kuala Lumpur & Putrajaya manakala 3,460 orang lagi di Labuan.

Melalui bantuan ini, wang tunai diberikan kepada para pelajar daripada keluarga asnaf fakir, miskin dan muallaf yang mana jumlah bantuan yang diterima adalah berbeza mengikut tahap persekolahan.

Bagi menyampaikan bantuan tersebut, Baitulmal MAIWP telah mengadakan Majlis Penyampaian Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2017 bertempat Dewan Muktamar, Kuala Lumpur.

Hadir merasmikan majlis tersebut adalah YB Mejar Jeneral Dato’ Sri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP. Dalam ucapan, beliau menyatakan bantuan yang diberikan ini merupakan antara program agihan yang dijalankan oleh MAIWP.

’Selain bantuan secara terus ini, MAIWP turut memanfaatkan zakat untuk membangunkan institusi-institusi pendidikan. Dengan cara ini, ia dapat dimanfaatkan dengan lebih meluas untuk jangka masa yang lebih panjang,” kata beliau lagi.

Bantuan Am Persekolahan disalurkan kepada para pelajar dengan bantuan 334 orang guru yang dilantik mewakili Baitulmal MAIWP. Mereka bertanggungjawab mengenalpasti para pelajar yang tergolong dalam keluarga yang kurang berkemampuan di sekolah masing-masing seterusnya menyalurkan maklumat tersebut kepada Baitulmal MAIWP.

bantu.jpgbantu1.JPGbantu2.JPGbantu3.JPGbantu4.JPGbantu5.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!