ANUGERAH CEMERLANG TINGKAT PRESTASI

Saiz Tulisan :

apc13

29 Mac – Seramai 84 orang pekhidmat MAIWP telah dipilih sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2016. Mereka telah diraikan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MAIWP 2016 yang diadakan di Dewan Kompleks Darul Kifayah, Kuala Lumpur.

Anugerah telah disampaikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.  YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir mengucapkan tahniah kepada para penerima anugerah dan berharap ia menjadi motivasi untuk terus meningkatkan prestasi  yang terbaik untuk MAIWP. Beliau juga berpesan agar warga MAIWP dapat menjadi seorang pekerja yang berdedikasi bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik di Wilayah Persekutuan ini.

Mengiringi YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir menyampaikan anugerah adalah YBhg. Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang juga Timbalan Pengerusi MAIWP dan YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP.

Selain penerima APC, MAIWP turut memilih seramai 250 orang warganya sebagai penerima Sijil Penghargaan Perkhidmatan. Penerima APC menerima sijil dan hadiah wang tunai sebanyak RM1,000.

apc.jpgapc1.JPGapc10.JPGapc11.JPGapc12.JPGapc13.JPGapc14.JPGapc2.JPGapc3.JPGapc4.JPGapc5.JPGapc6.JPGapc7.JPGapc8.JPGapc9.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!