ZAKARIA SAMELA, KPE BARU IPB

Saiz Tulisan :

ipb4

Institut Profesional Baitulmal (IPB) menerima Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru. Tuan Haji Zakaria Samela, 58 tahun dilantik menggantikan Dr. Syed Omar bin Syed Agil yang tamat tempoh pelantikan pada 31 Ogos 2016.

Tuan Haji Zakaria merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Syariah Akademi Islam Universiti Malaya dan Diploma Pentadbiran Kehakiman Islam Universiti Islam Antarabangsa  Malaysia (IIUM).

Beliau pernah bertugas sebagai pengajar Fakulti Syariah, Akademi Islam, Universiti Malaya sebelum memulakan perkhidmatan dalam bidang kehakiman. Sebelum dilantik sebagai KPE IPB, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pendakwa Syar’ie Negeri Sabah.

Pelantikan Tuan Haji Sakaria dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam bidang undang-undang dan peraturan serta pengurusan organisasi. Ia juga selari dengan perancangan IPB untuk memperluaskan bidang pengajian baru dan mewujudkan Pusat Kajian berkaitan Tadbir Urus Islam.

Dalam bidang pendidikan, beliau pernah dilantik sebagai ahli panel rujukan penubuhan Kolej Islam Sabah dan penasihat kepada Pengurus Besar UMS Link Holding  Sdn. Bhd. untuk Pusat Promosi Universiti Malaysia Sabah di Republik Indonesia dan Republik Rakyat China.

Beliau juga pernah menjadi penasihat kepada CEO Kolej Ibu kota Kinabalu untuk Program Pengajian Islam dan Ahli Jawatankuasa Penubuhan Kolej Islam, USIA.

ipb1.jpgipb2.jpgipb3.jpgipb4.jpgzs.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!