AMALAN INOVASI TERAS KEJAYAAN

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2017/01032017/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

hi2

1 Mac – MAIWP telah mengadakan Hari Inovasi selama 2 hari bermula 1 hingga 2 Mac 2017 di Bangunan PERKIM , Kuala Lumpur.

Majlis yang cukup sederhana tetapi meriah itu, berjaya mengumpul 9 kumpulan yang menyertai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) dan 7 kumpulan bagi penyertaan inovasi. Tema Hari Inovasi MAIWP kali ini ialah tema origami, yang mana ia menggunakan bahan-bahan diperbuat daripada kertas dan dibentukkan kepada pelbagai bentuk dan rupa.

Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, KPE MAIWP. Beliau amat berbangga dan menghargai komitmen yang ditunjukkan oleh semua warga. YBhg. Datuk KPE mengharapkan semoga majlis inovasi yang diadakan ini akan menjadi teras kepada kejayaan MAIWP terutamanya dalam menjaga kemaslahatan umat Islam di Wilayah Persekutuan.

Sepanjang 2 hari majlis diadakan pelbagai aktiviti telah diadakan. Antaranya taklimat berkaitan inovasi, celoteh pagi, super spontan dan banyak lagi sehingga ia menjadi tarikan orang ramai untuk menyertai majlis tersebut.

Majlis berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang. Bagi pemenang Pertandingan Mencipta Montaj Hari Inovasi MAIWP dan Lagu Negaraku dan Lagu MAIWP dimenangi oleh Nurul Iskandar Bin Ismail dan Hairulnizam Bin A. Rahman dari Bahagian Teknologi Maklumat.

Manakala Johan bagi Anugerah Inovasi MAIWP pada tahun ini adalah hasil projek Alat Simulasi Sistem Solar dari SMA - MAIWP, mereka menerima wang tunai sebanyak RM 1,000.00 dan sijil.

Naib Johan dimenangi oleh projek, Easy Mini Fertigasi juga dari SMA - MAIWP dan mereka menerima wang tunai RM 700.00 dan sijil.
Tempat ke-3 pula adalah projek Oppsss....Haiya Alal Fallah dari SMA - MAIWP mereka menerima wang tunai RM 500.00 dan sijil.

Bagi pemenang persembahan terbaik pada tahun ini telah dimenangi oleh kumpulan ILHAM dengan tajuk projek Kesukaran Melaporkan Maklumat Berkaitan Asnaf Kepada Pihak Baitulmal mereka menerima wang tunai sebanyak RM 300.00 dan sijil.

Bagi petandingan KIK pula juara telah dimenangi oleh kumpulan SUFI dengan tajuk projek Permohonan Bantuan Zakat Di Kaunter Ibu Pejabat Maiwp Kurang Efisien, mereka telah menerima wang tunai sebanyak RM 2,000.00, piala pusingan dan sijil.

Naib Johan pula dimenangi oleh Kumpulan Revolution 33 dari PUSRAWI dengan tajuk projek Kutipan Hutang Panel Yang Tidak Optimum, mereka menerima wang tunai sebanyak RM 1,500.00 dan sijil.

Akhir sekali pemenang tempat ke-3 pertandingan KIK dimenangi oleh kumpulan IBDAIE dengan tajuk projek Penyaluran Bantuan Melalui Proses Agihan Yang Lama, mereka menerima wang tunai sebanyak RM 1,000.00 dan sijil.

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!